AM

Malaysia Sedia Perkukuh Kerjasama Dengan Korea Selatan Dalam Perkara Yang Lebih Substantif - PM Anwar

26/11/2024 04:40 PM

SEOUL, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia berharap dapat terus memperkukuh kerjasama dengan Korea Selatan dalam perbincangan yang lebih substantif, termasuk digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan Korea Selatan selama lebih enam dekad tanpa sebarang isu atau kontroversi.

"Saya percaya kita akan teruskan lagi kerjasama ini. Saya yakin Presiden (Yoon Suk Yeol) pastinya akan menyokong bukan sahaja melalui Memorandum Persefahaman (MoU), tetapi juga dalam perbincangan yang lebih substantif, termasuk mengenai digitalisasi dan AI untuk saling memberi manfaat.

"Dan saya percaya dalam bidang pencapaian akademik tertentu, kita pasti dapat memperoleh lebih banyak manfaat daripada Korea," katanya dalam ucapan khas bertajuk “Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia” di Seoul National University, di sini hari ini.

Anwar kini dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Korea Selatan bagi memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan, bersempena ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 2025.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan