JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Pulau Pinang Tahan 11 Lelaki Di Bawah SOSMA, Direman 28 Hari

27/11/2024 07:33 PM

GEORGE TOWN, 27 Nov (Bernama) -- Polis Pulau Pinang menahan 11 lelaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disyaki terlibat dengan kumpulan menjalankan kegiatan jenayah terancang dan berleluasa.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kesemua mereka ditahan dalam siri serbuan bermula 3.30 pagi semalam menerusi Op  Cantas Mutiara di sekitar Pulau Pinang.

"Operasi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, dibantu oleh Bahagian Jenayah Terancang (B14) dan Bahagian Operasi Khas (D8) Bukit Aman, hasil risikan dan intipan yang dijalankan sejak beberapa minggu lepas.

"Berdasarkan siasatan, 11 lelaki yang ditahan menerusi operasi itu adalah anggota sebuah kumpulan jenayah terancang dan bergiat aktif sejak 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Alwi berkata semua mereka direman selama 28 hari sehingga 28 Dis ini di bawah Seksyen 4 (5) SOSMA dan kes itu disiasat bawah Seksyen 130v Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan