DUNIA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Untuk Hari Ketiga Berturut-turut

27/11/2024 10:07 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata,kebimbangan terhadap kadar pengeluaran yang perlahan mengekalkan sentimen pasaran yang positif.

“"Kami mengesan sokongan harga pada paras RM4,700 satu tan dan rintangan pada RM4,850 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM dilihat diniagakan daripada tidak berubah kepada lebih tinggi berikutan niaga hadapan kacang soya lebih tinggi di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Selain itu, Xinhua melaporkan bahawa niaga hadapan kacang soya ditutup lebih tinggi pada Rabu di Bursa Komoditi Dalian.

“Kontrak bulan Januari 2025, penghantaran kacang soya paling aktif meningkat 11 yuan (kira-kira US$1.53) untuk ditutup pada 3,906 yuan satu tan,” kata laporan itu.

Pada penutup dagangan, kontrak bagi bulan semerta Disember 2024 naik RM77 kepada RM4,928 satu tan, January 2025 meningkat RM70 kepada RM4,870 setan dan Februari 2025 menokok RM63 kepada RM4,798 satu tan.

Kontrak Mac 2025 melonjak RM58 kepada RM4,708 satu tan, April 2025 naik RM50 kepada RM4,614 setan dan Mei 2025 meningkat RM42 kepada RM4,522 satu tan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 81,832 lot daripada 75,291 lot pada Selasa dan kepentingan terbuka turun kepada 230,207 kontrak daripada 233,557 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan meningkat RM30 kepada RM5,000 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan