AM

Banjir : 11 Pencawang Elektrik Di Kelantan Dihentikan Bekalan Elektrik

27/11/2024 10:22 PM

KOTA BHARU, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan dalam laman Facebook rasminya pada malam ini memaklumkan, bekalan elektrik berkenaan ditutup demi keselamatan pengguna setempat.

“Antara kawasan yang dihentikan bekalan elektrik di daerah Kota Bharu ialah G-Orange, Sekolah Kebangsaan Kadok dan Taman Sri Kulim manakala daerah Pasir Puteh pula ia melibatkan DPS 9-12, BELB Sungai Gali, Kilang Bata Tasek Pauh dan Yik Tualang Tinggi.

“Berikutan itu, bagi daerah Tanah Merah ia melibatkan Manal 1 & 2, Manal Baru, Kilang Kayu Manal. Selain itu, di daerah Machang melibatkan kawasan Kampung Tandak, Machang Indah, Limau Hantu, Taman Sri Kelaweh, Taman Setia Kasih, LPT Tok Coba dan Wakaf Indah,” menurut kenyataan itu.

TNB turut memaklumkan jila banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat, bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

“Sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir. Masyarakat juga diminta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus,” menurut TNB.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan