EKONOMI

Hong Leong Tawar Penangguhan Bayaran Enam Bulan Bagi Pelanggan Terjejas Banjir

29/11/2024 02:45 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit bagi pelanggan yang terjejas akibat banjir.

Pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB Kevin Lam berkata kumpulan itu menyasarkan untuk meringankan beban kewangan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perusahaan mikro melalui program bantuan banjirnya.

Bank juga menawarkan penggantian percuma bagi dokumen bank seperti kad debit, kad kredit, cek dan penyata bank yang rosak atau hilang akibat banjir.

Bagi pelanggan PKS dan mikro-perusahaan sedia ada, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada mereka yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir.

Pelanggan hanya perlu memberikan nama pemegang akaun, nombor kad pengenalan, nombor akaun, nombor telefon, alamat e-mel, alamat lokasi yang terjejas banjir, dan gambar situasi banjir mereka.

Mereka boleh menghubungi 03 7959 1888, atau kunjungi cawangan bank terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Pelanggan PKS dan korporat digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan mereka untuk bantuan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Bantuan Bantuan Banjir, sila layari https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/flood-customer-relief-assistance.html

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan