ANKARA, 3 Dis (Bernama-AA) -- Mahkamah Vietnam pada Selasa menolak rayuan taikun hartanah Truong My Lan dan mengekalkan hukuman mati ke atasnya berhubung penipuan bank bernilai lebih US$12 bilion, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan.
Mahkamah rayuan di Ho Chi Minh City mengesahkan hukuman mati, menyatakan tiada alasan yang sah untuk mengurangkan hukumannya, lapor akhbar dalam talian VnExpress yang dipetik AA.
"Jenayah Lan telah menyebabkan akibat yang sangat serius dan tiada keadaan yang boleh meringankan hukumannya atas kesalahan penyelewengan dan rasuah," kata panel hakim dalam keputusannya.
Namun, undang-undang membenarkan hukuman mati dikurangkan kepada seumur hidup jika pihak yang bersalah membayar pampasan tiga perempat daripada kerugian yang mereka sebabkan, kata panel hakim itu.
Lan yang merupakan taikun hartanah terkemuka di Vietnam, dijatuhi hukuman mati pada Oktober kerana peranannya dalam penipuan kewangan terbesar di negara itu.
Lan dan rakan sejenayahnya yang lain didapati bersalah menggelapkan dana milik Saigon Commercial Bank dan menyebabkan kerugian berbilion dolar lebih sedekad.
-- BERNAMA-AA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial