AM

Banjir: Bekalan Elektrik Di Alor Setar, Sik Pulih Sepenuhnya

04/12/2024 02:30 PM

ALOR SETAR, 4 Dis (Bernama) -- Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.

TNB dalam hantaran menerusi Facebook merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

Pada Ahad, TNB mengumumkan pihaknya terpaksa menutup sementara 11 pencawang di Alor Setar dan satu di Sik berikutan banjir.

Pencawang di Alor Setar melibatkan Kampung Bukit Derang, Kampung Bukit Hijau, Kampung Empa 1 dan 2, Kampung Teras, Kem Tentera Udara Diraja Malaysia, Kampung Alor Madi dan Kampung Pulau Kerengga.

Turut terjejas Kampung Titi Gajah 1, Kampung Alor Perang, Kampung Alor Senjaya dan Rumah Pam Alor Gunung manakala di Sik melibatkan Kampung Padang Chicar.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan