KUALA TERENGGANU, 4 Dis (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu bersiap siaga menghadapi banjir gelombang kedua dengan kekuatan kira-kira 900 orang termasuk pegawai dan anggotanya.
Pengarahnya Nor Mahathir Muhammad berkata pihaknya telah menyusun semua keperluan termasuk logistik dan sumber manusia bagi memastikan kelancaran operasi pemindahan, menyelamat dan penghantaran bantuan.
Beliau berkata Terengganu akan menerima beberapa siri hujan lebat dalam tempoh gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula dari 8 hingga 12 Dis ini.
“Dari segi persiapan kita mempunyai 624 anggota tetap dan dibantu lebih 200 bomba sukarela, kekuatan aset telah ditingkatkan, kita dapat bantuan dari pengkalan hadapan di Wakaf Tapai," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perbarisan Kehormat Pengarah JBPM Negeri Terengganu di sini, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial