EKONOMI

Jualan 12.12 Lazada Dikuasakan AI Capai Penjimatan Pengguna Sebanyak US$483 Juta

20/12/2024 09:12 AM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Jualan 12.12 All Out Lazada yang dikuasakan melalui kecerdasan buatan (AI) menjana penjimatan pengguna sebanyak US$483 juta di seluruh Asia Tenggara.

Platform e-dagang itu berkata, kejayaan cemerlang dalam jualan berkenaan dipacu oleh pengguna yang secara aktif menerima ciri-ciri yang dikuasakan AI seperti seperti cadangan pintar, percubaan maya, model dijana AI dan banyak lagi yang membawa kepada peningkatan dalam pembayaran troli.

Lazada dalam satu kenyataan hari ini berkata kempen 12.12 #LazzieChatHunt menyaksikan lonjakan sebanyak 76 peratus bagi pelawat unik sekali gus mencapai penglibatan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Kempen tersebut memberi insentif kepada pembeli dengan LazCash atau LazRewards (di wilayah terpilih) untuk memasukkan kod promosi melalui ciri sembang Message+ yang menghasilkan enam juta interaksi AI, sekali gus mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding kempen 11.11.

Lazada juga melaporkan peningkatan sebanyak 46 peratus dalam penglibatan proaktif pembantu beli-belah mayanya, AI Lazzie, semasa acara jualan 12.12 dengan lebih 15 peratus daripada interaksi ini tertumpu pada penemuan tawaran dan cadangan produk peribadi.

Ia juga mencerminkan kepercayaan pengguna yang kukuh terhadap pengalaman beli-belah yang dipacu oleh AI.

Sejak memperkenalkan ciri-ciri generatif AI (GenAI) yang dipertingkatkan, Lazada berkata, AI Lazzie memainkan peranan penting dalam kempen jualan dengan menggabungkan koleksi baucar, mengubahnya menjadi pengalaman seperti permainan yang menarik.

"Inovasi ini dikuasakan oleh Marco MT yang baru dipertingkatkan oleh Alibaba, satu sistem terjemahan AI termaju yang dibina berdasarkan model bahasa besar Qwen proprietari.

"Marco MT membantu penjual mencipta senarai produk yang tulen dengan mentafsirkan nuansa budaya dan istilah khusus industri dengan tepat, membolehkan penyesuaian tempatan pasaran yang tepat merentas pelbagai pasaran Asia Tenggara," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan