KOTA BHARU, 4 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu sebanyak 36 orang daripada sembilan keluarga setakat 9.30 pagi ini.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh, Pasir Mas.
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada paras waspada dengan bacaan 2.06 meter.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial