JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Nurkhairah Hawabillah

07/01/2025 06:41 PM

SEPANG, 7 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Sungai Pelek, Sepang yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kehilangan Nurkhairah Hawabillah Abdul Latif dilaporkan bapanya pada 10.12 malam tadi.

“Sebelum hilang, didapati Nurkhairah Hawabillah tiada sebarang masalah dengan keluarga dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya.

“Remaja itu dikesan hilang kira-kira 10.30 pagi Ahad. Dia memakai sweater warna kelabu, seluar jeans hitam dan tudung hitam dan tidak menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nurkhairah Hawabillah tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Mohd Fizal Sulaiman menerusi talian 013-302 9027 untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan