DUNIA

Konsep Dan Inisiatif Saranan China Bawa Harapan Kepada Dunia - Bekas PM Mesir

13/01/2025 03:38 PM

GUANGZHOU 13 Jan (Bernama-CMG) -- China adalah negara besar dan kuat yang sedia memberikan bantuan kepada negara lain, menghadapi persaingan dan berusaha menjalinkan kerjasama, kata bekas Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf.

Sharaf berkata beliau menyaksikan usaha China dalam menjaga keseimbangan antara pembangunan pesat dan pewarisan budaya.

"Saya selalu katakan, China adalah sebuah ‘tamadun yang hidup’. Daripada bangunan pencakar langit yang moden itu, anda juga boleh merasai elemen tamadun yang bersejarah yang terkandung di dalamnya,” katanya dalam wawancara dengan Kumpulan Media China (CMG) di sini baru-baru ini.

Semasa menghadiri Persidangan 'Understanding China'  2024 yang diadakan di sini dari 2 hingga 4 Disember 2024, Sharaf dalam temu bual bersama wartawan CMG berkata China komited menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dan menjadikannya satu kenyataan melalui pembaharuan.

"China mula melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka sejak 1978 dan sehingga sekarang tetap konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan. Bagi kebanyakan orang, agak sukar untuk membayangkan betapa penting kedudukan China bagi mereka yang mengidamkan keamanan dan keseimbangan dalam landskap global.

"Pembaharuan kini merupakan pilihan strategik China dan juga penggerak pembangunannya, yang membolehkan negara itu mendapat kedudukan penting dalam dunia.

"Pemodenan ala China berakar di tamadun tradisionalnya yang mempunyai nilai-nilai tersendiri.

"China mempunyai 56 etnik dan masyarakat berbilang kaum yang hidup secara harmoni, dengan memanfaatkan pemodenan ala China yang mampu membawa kesejahteraan kepada semua rakyat," katanya.

Ketika menyentuh pengaruh yang dibawa modenisasi ala China terhadap situasi ekonomi dan pola politik sejagat, Sharaf berkata: "Boleh dikatakan, mana-mana negara pun tidak pernah memberikan pengaruh positif kepada banyak negara lain. Saya yakin Selatan Global akan mempunyai masa depan yang lebih cerah. Lihatlah peluang pekerjaan dalam bilangan besar yang dibawa oleh projek China.

Menurut Sharaf, beliau percaya perkara paling penting ialah model pembangunan China membuatkan negara membangun menyedari bahawa mereka boleh membina keyakinan diri, walaupun tidak berada di kedudukan tertinggi dunia.

“Kerana kita telah menyaksikan sebuah negara membangun yang dahulu lebih 80 peratus rakyatnya hidup dalam kemiskinan kini muncul sebagai entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, sekali gus menduduki tangga pertama dalam bidang perdagangan dan industri pembuatan. Sekarang setiap negara membangun akan bertanya: mengapa kami tidak boleh mencontohi China?

"Kita perlu bekerjasama untuk membina masa depan bersama. Apa langkah yang terperinci? Kita perlu menggunakan pelbagai Inisiatif Global anjuran China, iaitu melibatkan diri dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global, yang semuanya boleh disifatkan sebagai batu asas yang penting. Konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan adalah seperti 'Tembok Besar', dan masa depan yang bertunjangkan 'Tembok Besar' itu sukar dibina, jika tanpa batu asas itu," tambah Sharaf.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan