JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Hilang Selepas Dibawa Arus Semasa Berenang Menyeberang Sungai

13/01/2025 09:10 PM

SIBU, 13 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata kejadian berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari semasa Mohamad Hamizan Reduan dalam perjalanan pulang ke rumahnya, apabila dia hilang selepas dihanyutkan arus deras sungai.

Satu pasukan melibatkan 11 anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah kenderaan utiliti dan dua bot penyelamat untuk mengesan lelaki itu.

Sementara itu dua pusat perpindahan sementara telah dibuka di Kanowit hari ini berikutan kejadian banjir, dengan 40 orang berlindung di pusat berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan