KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Datuk Ismail Yusop dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu.
Maklumat berkaitan pelantikan bekas Ahli Dewan Negara itu dikongsikan dalam hantaran ucapan tahniah menerusi akaun Facebook AKM hari ini.
“Seluruh warga kerja Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Ismail Yusop atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah JKOM, Kementerian Komunikasi.
“Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan,” menurut hantaran itu.
Ismail dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatan pada September 2024 selepas memegang jawatan itu sejak 1 Mac tahun sama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial