AM

PM Tekankan Nilai Kemanusiaan, Kebersamaan Rakyat Di Perantauan

20/01/2025 11:43 AM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menghormati dan menjuarai nilai kemanusiaan dalam usaha membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun dan berjaya pada masa hadapan.

“Namun, perkara itu sukar berlaku jika rakyat, khususnya golongan belia dan anak muda, masih melayan budaya terlalu selesa, tidak mahu berubah malah terpedaya dengan mainan politik murahan sesetengah pihak,” katanya dalam majlis santai bersama diaspora Malaysia di Brussels, Belgium seperti dikongsikan dalam catatan terbaharunya di Facebook. 

Anwar, yang kini dalam rangka lawatan kerja selama dua hari ke Belgium, turut menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.

“Justeru, nasihat saya adalah untuk terus membangun dan berjaya, perlunya kebersamaan daripada semua pihak termasuk anak jati Malaysia yang berada di luar negara agar negara tidak ketinggalan di persada dunia,” tambahnya.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan