AM

Jumlah Mangsa Banjir Di PPS Sarawak Kekal 89 Orang

21/01/2025 09:18 AM

KUCHING, 21 Jan (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak Saratok di Sarawak, kekal pada 89 orang sehingga 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan angka itu melibatkan 21 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan yang diaktifkan sejak 3.30 petang, Ahad lepas.

Kesemua mangsa banjir terdiri penduduk Rumah Tembawai Kapok iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan