JENAYAH & MAHKAMAH

Kedai Serbaneka Di Universiti Awam Disimbah Cat

21/01/2025 09:34 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Polis mengesahkan kedai serbaneka di sebuah universiti awam di sini yang terlibat dengan isu penyalahgunaan logo halal membabitkan produk ham and cheese disimbah cat merah lewat tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood dalam kenyataan berkata laporan polis mengenai kejadian berkenaan dibuat oleh seorang anggota polis bantuan universiti terbabit pada 8 pagi tadi selepas diberitahu oleh pekerja kedai serbaneka itu terdapat kesan cat merah di hadapan pintu kedai.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Pada 13 Jan lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataan media mengesahkan produk ham and cheese yang dijual di dalam premis di universiti awam itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan