BERITA TERGEMPAR   Malaysia and ASEAN should continue to engage, attract investors from the United States, Europe and China without being forced to take sides -- PM Anwar | 
 EKONOMI

Dasar Jelas Ekonomi Madani Bantu Malaysia Raih Pelaburan Utama Industri AI- PM Anwar

22/01/2025 06:43 PM

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menyediakan insentif yang mencukupi untuk menarik pelabur utama dari Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China membuat pelaburan besar di Malaysia.

Beliau berkata seiring dengan kemajuan AI, kerajaan telah mengambil pendekatan menyeluruh untuk menyepadukan AI ke dalam rangka kerja nasional Malaysia, dengan memberi penekanan mewujudkan undang-undang AI yang mantap, pejabat nasional AI, dan langkah-langkah perlindungan data.

"Kami perlu merancang pelaksanaan AI nasional, pejabat AI, perundangan, perlindungan data, dan apa sahaja yang diperlukan untuk memastikan kami dilengkapi sepenuhnya dengan kaedah AI - mengubah sistem pendidikan, perkhidmatan kesihatan, teknologi blok rantai (blockchain)," kata Anwar.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog eksklusif khas bersemuka dengan kepimpinan forum bertajuk ''A Conversation with Anwar Ibrahim'' yang dimudahcarakan oleh pengasas dan pengerusi lembaga pemegang amanah WEF Prof Klaus Schwab.

“Ia perlu dilaksanakan segera, dan kami menggerakkannya (AI) pada kadar yang lebih pantas, sebahagiannya kerana usia saya. Saya tidak mempunyai masa untuk menunggu,” ujar pemimpin berusia 77 tahun itu secara berseloroh.

--BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan