KUCHING, 23 Jan (Bernama) -- Keadaan banjir di daerah Saratok, yang kini memasuki hari kelima menyaksikan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak masih beroperasi dan menempatkan seramai 91 mangsa banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 8 pagi tadi, 21 keluarga dari Rumah Tembawai Kapok yang terjejas akibat banjir sejak Ahad masih berlindung di PPS berkenaan.
JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 11 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Setakat ini, paras air di bahagian Kuching menunjukkan penurunan manakala paras air di daerah Kanowit, Sibu, Matu, Sebauh dan Limbang menunjukkan peningkatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial