KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan selepas meningkat baru-baru ini, dengan penurunan indeks utama didorong oleh kaunter YTL.
YTL Corp merosot 20 sen kepada RM2.18 dan YTL Power International berkurangan 33 sen kepada RM3.72, menyebabkan indeks komposit susut sebanyak 8.37 mata gabungan.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.09 mata kepada 1,573.11 daripada 1,577.20 semalam.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.30 mata kepada 1,577.50 dan turun naik antara 1,566.84 dan 1,577.50 sepanjang sesi dagangan pagi.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 634 berbanding 222, dengan 423 kaunter tidak berubah, 1,142 tidak diniagakan dan 133 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.89 bilion saham bernilai RM1.41 bilion.
Pada tengah hari, aliran FBM KLCI bertentangan dengan sentimen positif kebanyakan pasaran serantau, disokong oleh kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai kemungkinan perjanjian perdagangan dengan China.
Sebelum itu, pemain pasaran memberi reaksi terhadap ucapan Trump di Forum Ekonomi Dunia bahawa beliau menjangka persekitaran kadar faedah yang rendah pada masa depan, memberikan tekanan kepada bank pusat.
Sementara itu, Bank of Japan menaikkan kadar faedah yang menjadi penanda arasnya daripada 0.25 peratus kepada 0.5 peratus hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot dua sen kepada RM10.34, Tenaga Nasional berkurangan dua sen kepada RM13.78, Public Bank mendatar pada RM4.34 manakala CIMB menambah tiga sen kepada RM8.00 dan IHH Healthcare naik satu sen kepada RM7.18.
Bagi saham aktif, Oriental Kopi Holdings merosot 1.5 sen kepada 86 sen, Gamuda berkurangan lapan sen kepada RM4.21, CBH Engineering Holdings susut setengah sen kepada 36.5 sen manakala EA Holdings dan Velesto Energy, masing-masing pada satu sen dan 19 sen.
Dalam pasaran secara menyeluruh, Indeks FBM Emas merosot 47.96 mata kepada 12,034.81, Indeks FBMT 100 berkurangan 44.18 mata kepada 11,724.61, Indeks FBM Emas Shariah susut 35.75 mata kepada 11,914.35, Indeks FBM ACE jatuh 13.65 mata kepada 5,211.71 dan Indeks FBM 70 turun 118.59 mata kepada 17,919.02.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga merosot 9.46 mata kepada 833.18, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 3.21 mata kepada 18,859.13 dan Indeks Perladangan susut 22.01 mata kepada 7,384.67 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.34 mata kepada 169.26.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial