AM

Aduan Harga Barang, Perkhidmatan Catat Jumlah Tertinggi - KPDN

26/01/2025 01:24 PM

KUALA NERUS, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menerima 40 aduan daripada orang awam bermula 1 hingga 23 Jan. 

Timbalan Pengarahnya Mohd Sakhri Mohd Salleh berkata aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.

Beliau berkata aduan lain termasuk transaksi dalam talian (tujuh kes); barang kawalan (lima kes); perkhidmatan mengelirukan (empat kes); bengkel kenderaan bermotor (satu kes); perihal perdagangan palsu (satu kes).

Sementara itu, aduan lain berkaitan sewa kenderaan, barang tiruan, jualan kredit dan jualan langsung masing-masing mencatatkan satu kes.

"Semua kes telah disiasat dan diambil tindakan mengikut akta tertentu. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan laporan dan aduan orang ramai bagi mengelak salah laku dalam kalangan peniaga," katanya pada program pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Shakri berkata KPDN juga telah menganjurkan sebanyak 65 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) bermula 1 Jan hingga hari ini.

Beliau berkata ia melibatkan 31 siri PJRM dalam premis, PJRM bergerak (33 siri) dan PJRM@Pasar (satu siri) di lapan Parlimen seluruh Terengganu.

"Seramai 14,849 pengunjung telah mendapat manfaat daripada 65 siri PJRM yang dilaksanakan.

"Bermula 23 hingga 28 Jan ini, sebanyak 30 siri PJRM telah dan akan dilaksanakan khas untuk Tahun Baharu Cina," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan