DUNIA

Gempa Bumi 5.8 Magnitud Landa Sulawesi Tengah Indonesia, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

29/01/2025 12:17 AM

JAKARTA, 28 Jan (Bernama-Xinhua) -- Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Tengah Indonesia pada malam Selasa tanpa menjana gelombang besar, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu, menurut Xinhua.

Gempa bumi itu berlaku pada 9.53 malam waktu Jakarta (1453 GMT), dengan pusat gempa 42 kilometer tenggara daerah Parigi Moutong pada kedalaman 91 km.

Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8. Mereka juga menyatakan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan, kerana gegaran itu tidak dijangka akan mencetuskan ombak besar. 

Indonesia, sebuah negara kepulauan, terletak di zon terdedah yang dilanda gempa bumi yang dipanggil "Lingkaran Api Pasifik", menjadikan negara itu terdedah kepada gempa bumi.  

-- BERNAMA-XINHUA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan