DUNIA

Honda, Nissan Umum Pelan Terperinci Penggabungan Pertengahan Februari

31/01/2025 02:51 PM

TOKYO, 31 Jan (Bernama-Kyodo) -- Honda Motor Co dan Nissan Motor Co dijangka mengumumkan butiran terperinci mengenai rancangan penggabungan syarikat pada pertengahan Februari, lapor Kyodo News pada Jumaat dengan memetik pegawai syarikat.

Dua pengeluar kenderaan terbesar kedua dan ketiga Jepun berdasarkan jumlah jualan itu sebelum ini bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai penggabungan di bawah sebuah syarikat induk pada 2026. Mereka sebelum ini menyatakan akan mendedahkan perincian penggabungan menjelang akhir Januari.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Honda menggesa Nissan, yang sedang bergelut dengan masalah kewangan, untuk memperkukuh usaha penstrukturan semula.

November lalu, Nissan mengumumkan pengurangan 9,000 pekerja di seluruh dunia dan pengurangan kapasiti pengeluaran global sebanyak 20 peratus selepas melaporkan kejatuhan lebih 90 peratus dalam keuntungan bersih bagi tempoh April-September.

Sementara itu, Mitsubishi Motors Corp rakan kongsi Nissan, yang sebelum ini mempertimbangkan untuk menyertai penggabungan, kini cenderung untuk bergerak sendiri, menurut sumber lain.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan