AM

164,612 Penumpang Guna Feri Sempena Cuti Sekolah

03/02/2025 01:24 PM

ALOR SETAR, 3 Feb (Bernama) -- Sejumlah 164,612 penumpang menggunakan perkhidmatan feri dari laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Perlis bersempena cuti persekolahan dan sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Left Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata jumlah penumpang yang dicatatkan itu adalah dari tempoh 16 Jan hingga semalam.

"Dari laluan Langkawi ke Kuala Kedah jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri ialah 31,117 orang manakala dari laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak 33,708 orang.

"Sementara itu, dari laluan Langkawi ke Kuala Perlis jumlah penumpang ialah 48,784 orang manakala dari laluan Kuala Perlis ke Langkawi sebanyak 51,003 orang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam tempoh sama, tambahan 49 perjalanan feri telah dibuat iaitu lapan perjalanan masing-masing bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Kedah ke Langkawi.

"Bagi laluan Langkawi ke Kuala Perlis pula tambahan 17 perjalanan feri manakala bagi laluan Kuala Perlis ke Langkawi tambahan 16 perjalanan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan