AM

JPBN Sarawak Nilai Kos Baik Pulih Infrastruktur Rosak Akibat Bencana

03/02/2025 07:45 PM

KUCHING, 3 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kini sedang menilai kos baik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.

Timbalan Premier yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata jawatankuasa pengurusan bencana di setiap bahagian telah diarahkan untuk mengemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selewat-lewatnya hujung minggu ini.

"Semua agensi juga diingatkan untuk sentiasa bersiap sedia daripada segi aset dan logistik di bawah tanggungjawab masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutamanya gelombang kedua banjir. 

"Residen bahagian dan pegawai daerah juga diarahkan untuk memastikan respons yang pantas dan berkesan dalam menangani situasi banjir yang dilaporkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Uggah turut menyeru seluruh rakyat Sarawak supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga selain disarankan membuat persediaan awal sekiranya diarahkan berpindah ke tempat yang selamat ketika berlaku bencana.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan