KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Keyfield International Bhd, Keyfield Offshore Sdn Bhd menerima anugerah perintah kerja (WOA) pada Disember 2024 dan lanjutan perintah kerja (WOE) pada November 2024 yang dikeluarkan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.
Keyfield International dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perintah kerja tersebut bagi penyewaan dua unit bot kerja penginapan kedudukan dinamik, untuk Petronas Carigali di bawah Kontrak Kontraktor Panel bagi Perkhidmatan Kapal Sokongan Luar Pesisir.
"Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
"Kedua-duanya bermula pada Januari 2025 dan mempunyai nilai gabungan kira-kira RM56 juta," katanya.
Keyfield International berkata WOA dan WOE dijangka memberikan sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
Pada penutup dagangan, harga saham Keyfield International merosot dua sen kepada RM2.33.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial