AM

Tourism Selangor, Empat Syarikat Jalin Kerjasama Semarakkan TMS2025

19/02/2025 10:00 PM

SHAH ALAM, 19 Feb (Bernama) -- Tourism Selangor menandatangani perjanjian kerjasama dengan empat syarikat terkemuka hari ini, bagi memperhebat kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Majlis memeterai kerjasama melibatkan syarikat Sony Malaysia, Batik Air, GL Play by Gamuda Land dan Alpha IVF and Women itu berlangsung di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini. 

Menerusi catatan di Facebook, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerjasama itu selari dengan komitmen kerajaan negeri menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia dan rantau ini.

Beliau berkata kerjasama itu juga dijangka memberi impak positif terhadap kempen TMS2025 bagi mencapai sasaran kehadiran lapan juta pelancong.

“Insya-Allah, inisiatif ini akan memberi impak positif kepada ekonomi negeri serta membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat. Jom melawat ke Selangor,” katanya.

Kerajaan negeri menganggarkan nilai transaksi ekonomi sebanyak RM11.7 bilion dijana menerusi kemasukan pelancong bersempena dengan tahun melawat Selangor.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan