BALING, 20 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut selepas dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Charuk Jernih, Jalan Baling-Gerik dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah hari berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 64 tahun itu.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati seorang pekerja dihempap sebatang pokok semasa aktiviti menebang pokok di situ bersama beberapa rakannya.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian telah dialihkan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial