AM

Faedah RM136 Juta Kepada Govco Holdings, Faktor Dua Syarikat Subsidiari Felda Rugi

27/02/2025 11:53 PM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Faktor kerugian dua syarikat subsidiari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sebanyak RM165 juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 dalam Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023, disebabkan pembayaran faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings Berhad.

FELDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerugian itu juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023 sebanyak RM25 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya.

“Dalam laporan yang sama, sembilan lagi syarikat subsidiari FELDA merekodkan keuntungan.

“Felda komited untuk terus pastikan kedudukan kewangan yang kukuh dan mampan dengan mengambil langkah strategik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta mengurangkan risiko kewangan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan FELDA akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan