DUNIA

Lisa BLACKPINK Artis K-Pop Pertama Buat Persembahan Di Oscars

03/03/2025 06:04 PM

SEOUL, 3 Mac (Bernama-Yonhap) -- Lisa daripada kumpulan BLACKPINK mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars), menyampaikan medley lagu daripada siri filem James Bond pada majlis anugerah Hollywood berprestij itu, lapor Agensi Berita Yonhap.  

Lisa membuat persembahan sebagai penghormatan kepada James Bond bersama penyanyi Britain, Ray dan penyanyi rap Amerika Syarikat, Doja Cat pada edisi ke-97 Anugerah Akademi yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, pada Ahad (waktu tempatan).  

Lisa yang mengenakan gaun hitam panjang mempersembahkan "Live and Let Die", lagu tema daripada filem James Bond tahun 1973 dengan nama yang sama. Doja Cat kemudian meneruskan persembahan dengan lagu "Diamonds Are Forever", manakala Raye menyanyikan "Skyfall".  

-- BERNAMA-YONHAP  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan