DUNIA

Keadaan Kesihatan Paus Francis Stabil - Vatican

06/03/2025 12:01 PM

ISTANBUL, 6 Mac (Bernama-Anadolu) -- Keadaan kesihatan Paus Francis kekal stabil dan beliau melalui satu lagi malam yang tenang di sebuah hospital di Rom, tempat beliau menerima rawatan susulan masalah kesihatan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan Vatican pada Rabu.

“Paus Francis beristirahat dengan baik sepanjang malam dan bangun sebentar selepas 8 pagi (waktu tempatan) hari ini,” menurut pejabat akhbar Vatican.

Keadaan kesihatannya termasuk jantung, buah pinggang dan bacaan darah kekal stabil.

Paus berusia 88 tahun itu tidak mengalami sebarang komplikasi baharu sejak Isnin, selepas beliau mengalami “dua episod kegagalan pernafasan akut”.

Pada Selasa, beliau mula menerima terapi oksigen aliran tinggi dan fisioterapi pernafasan, selain dijadualkan menjalani “ventilasi tanpa invasif” sepanjang malam hingga Rabu.

Bagaimanapun, prognosis beliau masih dalam pemantauan rapi.

Ketua Gereja Katolik itu menerima rawatan di Hospital Gemelli, Rom sejak 14 Feb.

-- BERNAMA-AA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan