Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Khamis, menjejaki ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), ketika prospek ekonomi global melemah berikutan kebimbangan berterusan terhadap perang perdagangan global, kata peniaga.
Mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi pada 4.4210/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup pada Rabu.
Bagaimanapun, peniaga berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh kekurangan bekalan getah asli susulan musim pengeluaran rendah di beberapa negara pengeluar utama.
“Niaga hadapan Jepun mencecah paras terendah dalam tempoh tiga setengah bulan pada Khamis, dipengaruhi oleh kebimbangan perang perdagangan antara AS dan pengguna utama getah, China, walaupun penangguhan tarif untuk beberapa pembuat kereta mengurangkan kesan penurunan,” katanya kepada Bernama.
Lembaga Getah Malaysia melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 4.5 sen kepada 904.50 sen sekilogram pada 3 petang, manakala lateks pukal menyusut 2.5 sen kepada 710.00 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial