KUANTAN, 7 Mac (Bernama) -- Seorang guru lelaki mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp pada November tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 59 tahun itu berminat menyertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat sebaik menerima satu mesej dari nombor tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.
“Mangsa kemudiannya telah membuat 20 transaksi berjumlah RM228,460 ke dalam 10 akaun bank berbeza-beza.
“Mangsa mula menyedari ditipu selepas dia diminta untuk memindahkan lagi wang, dan tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya menasihati orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan selain tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial