DUNIA

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

10/03/2025 06:14 PM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mengalami penyusutan untuk ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang rendah berikutan prestasi ekonomi China yang perlahan, kata peniaga.

Bercakap kepada Bernama pasaran niaga hadapan getah Jepun susut untuk sesi kelima berturut-turut pada Isnin berikutan pengukuhan yen manakala tekanan deflasi dalam kalangan pengguna utama China mencetuskan kebimbangan mengenai pertumbuhan.

Sentimen pasaran turut dipacu penyusutan dalam harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Harga minyak menyusut berikutan kebimbangan mengenai kesan tarif import Amerika Syarikat terhadap pertumbuhan ekonomi global dan permintaan bahan api serta peningkatan pengeluaran daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+).

Bagaimanapun penurunan seterusnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli dan keyakinan yang semakin meningkat terhadap langkah rangsangan China.

Penggubal dasar China sedang membincangkan strategi dalam Kongres Rakyat Kebangsaan yang sedang berlangsung untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, katanya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 menyusut 15.5 sen kepada 884.00 sen sekilogram pada 3 petang manakala lateks pukal rendah 4.5 sen kepada 703.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan