AM

Mangsa Banjir Di Sabah Terus Berkurangan

13/03/2025 11:22 AM

KOTA KINABALU, 13 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa yang berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 1,830 orang daripada 657 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, Beaufort mencatatkan 1,343 mangsa daripada 450 keluarga di enam PPS, manakala Tenom 466 orang daripada 200 keluarga di enam PPS dan Membakut 21 orang daripada tujuh keluarga di sebuah PPS.

“Sebanyak 40 kampung masih terjejas akibat banjir iaitu 20 di Tenom dan masing-masing 10 di Beaufort dan Membakut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan