DUNIA

Keluaran Minyak Dan Gas Asli Dari Medan Tarim Capai 150 Juta Tan

13/03/2025 03:00 PM

BEIJING, 13 Mac (Bernama-CMG) -- Jumlah keseluruhan pengeluaran minyak dan gas asli dari telaga 6,000 meter ke bawah di Medan Tarim, mencapai 150 juta tan.

Jumlah itu bersamaan 37 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak dan gas asli China sepanjang 2024, kata China National Petroleum Corporation (CNPC) pada Khamis. 

Terletak di kawasan tengah Padang Pasir Taklimakan, wilayah Xinjiang, Zon Fuman Medan Tarim dikenali sebagai kawasan pengeluaran minyak mentah “super dalam” terbesar di China.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi penggerudian telaga dalam di China mencapai kemajuan baharu dan beberapa kali memperbaharui rekod dunia. 

Untuk rekod, tindakan penggerudian di telaga minyak "Shenditake 1", iaitu telaga minyak pertama yang melebihi 10,000 meter dalam telah mencapai kedalaman 10,910 meter baru-baru ini sekali gus meletakkan asas kukuh bagi eksplorasi ultra dalam di bumi. 

Menurut stantard yang diguna pakai industri minyak antarabangsa, telaga pada kedalaman 4,500 hingga 6,000 meter dikenali sebagai “telaga dalam”. Telaga pada kedalaman 6,000 hingga 9,000 meter pula dikenali sebagai “telaga super dalam” manakala telaga pada kedalaman 9,000 meter ke bawah diklasifikasikan sebagai “telaga ultra dalam”. 

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan