DUNIA

Konsulat Jeneral Malaysia Di Davao City Agih Bubur Lambuk, Semarak Keberkatan Ramadan

13/03/2025 03:22 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Filipina pada Rabu mengagihkan 200 pek bubur lambuk dan 200 pek makanan berbuka puasa kepada jemaah di Masjid Jamjoon, Ecoland sebagai sebahagian inisiatif kebajikan sempena ibadah bulan Ramadan.

Konsulat Jeneral itu dalam satu kenyataan berkata penyediaan makanan tersebut melibatkan penyertaan penuh semua pegawai dan kakitangan pejabat Konsulat Jeneral berkenaan bersama semua ahli PERWAKILAN (Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri).

“Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan semangat Ramadan tetapi juga memperkukuh hubungan baik antara Konsulat Jeneral Malaysia dengan masyarakat setempat,” menurut kenyataan itu. 

Konsul Jeneral Malaysia di Davao City,  Deddy Faisal  Ahmad Salleh ketika berucap pada majlis itu berkata program berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan Konsulat dalam menjalinkan hubungan erat dengan komuniti Islam di Davao City.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan