KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula Isnin (17 Mac).
Beliau berkata keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan berterusan di lokasi tersebut.
“Amaran hujan berterusan akan dikeluarkan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial