KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Max Fashion, jenama fesyen terkemuka dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) melancarkan koleksi eksklusif Ramadan terbaharu yang menggabungkan tradisi dengan keanggunan kontemporari pada harga berpatutan.
Direka khas untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, koleksi itu menampilkan keindahan bulan suci dengan gaya anggun dan mempesona.
Menurut kenyataan Max Fashion hari ini, koleksi berkenaan memaparkan fabrik mewah, potongan siluet yang elegan dan perincian perayaan yang memancarkan semangat Ramadan pada harga yang mampu milik.
"Sama ada mencari kaftan klasik untuk majlis iftar atau busana indah untuk sahur, koleksi ini menawarkan keanggunan yang membolehkan mereka meraikan dengan penuh bergaya tanpa berbelanja berlebihan," menurut kenyataan itu.
Bagi wanita, koleksi ini memberi penghormatan kepada keindahan suasana Ramadan dengan sentuhan keemasan, sulaman mewah dan fabrik yang penuh anggun.
"Dengan potongan siluet yang lembut, lipatan halus dan kilauan satin, koleksi ini menambah sentuhan kemewahan yang sederhana manakala rona permata yang terang mencerminkan kemeriahan musim perayaan ini.
"Direka dengan konsep serba guna dan harga berpatutan, koleksi ini juga sesuai dipakai pada siang dan malam, menawarkan busana klasik yang meraikan kegembiraan berhias untuk detik istimewa," menurut kenyataan itu.
Daripada busana berinspirasikan abaya (jubah) dengan perincian teliti kepada pakaian parti moden dengan kilauan lembut, koleksi Ramadan ini mengimbangi antara tradisi dengan trend semasa.
Komited dalam menyediakan fesyen berkualiti tinggi, Max Fashion terus menjadi jenama pilihan utama untuk pakaian perayaan di rantau ini, memastikan semua dapat meraikan Ramadan dengan penuh keyakinan dan gaya.
Koleksi Ramadan Max Fashion kini boleh didapati di kedai atau secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada, dengan pelbagai saiz dan gaya untuk memenuhi keperluan setiap individu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial