JENAYAH & MAHKAMAH

Warga Emas Ditemukan Maut, Dipercayai Dibunuh

14/03/2025 03:59 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata mayat lelaki berusia lingkungan 70-an itu ditemukan seorang wanita tempatan kira-kira 3 petang selepas menghidu bau busuk dari rumah mangsa.

“Hasil siasatan awal pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Wan Azlan berkata hasil pemeriksaan mendapati telefon bimbit mangsa tidak dijumpai namun tiada barangan lain yang hilang dari rumah berkenaan.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R. Ray Erindra Raj di talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan