KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM37.41 bilion daripada RM30.43 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam lebih tinggi kepada RM21.09 bilion berbanding RM19.89 bilion sebelum ini.
Terdahulu, bank pusat itu mengendalikan tiga tender repo berbalik, tender repo berbalik semalaman dan tender repo berbalik Islam.
Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM37.4 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM21.1 bilion, kedua-duanya bagi tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 13 Mac.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial