DUNIA

AS Isytihar Duta Afrika Selatan Sebagai Persona Non Grata

15/03/2025 01:43 PM

WASHINGTON, 15 Mac (Bernama-Anadolu) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio pada Jumaat mengisytiharkan Duta Afrika Selatan ke AS, Ebrahim Rasool sebagai persona non grata susulan kenyataannya mengenai Presiden Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi.

Rubio dalam hantaran di platform X menuduh Rasool sebagai "ahli politik yang memainkan sentimen perkauman" dan menegaskan bahawa AS "tidak mempunyai apa-apa untuk dibincangkan dengannya."  

“Duta Afrika Selatan ke Amerika Syarikat tidak lagi dialu-alukan di negara hebat ini. Ebrahim Rasool adalah ahli politik yang suka mencetuskan isu perkauman, membenci Amerika dan membenci @POTUS.

"Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dibincangkan dengannya, dan oleh itu, beliau dianggap sebagai persona non grata,” tulis Rubio.  

Rubio turut berkongsi pautan ke artikel Breitbart yang melaporkan kenyataan Rasool dalam satu seminar dasar luar pada Jumaat dan beliau mendakwa Trump sedang "menggerakkan kekuasaan terhadap pihak pemerintah" di dalam dan luar negara.  

Setakat ini, Jabatan Negara AS belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan berkenaan.

Kedutaan Afrika Selatan di Washington, D.C. juga belum memberikan sebarang maklum balas terhadap pengumuman itu.  

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan