JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Bunuh Warga Emas: Polis Rakam Keterangan Enam Individu

15/03/2025 02:05 PM

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Polis telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu. 

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah multiple sharp force trauma to the head and neck  dan siasatan mendapati telefon bimbit milik mangsa juga hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lepas, mayat seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan itu ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong selepas seorang wanita tempatan terhidu bau busuk dari rumah mangsa.

Wan Azlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R. Ray Erindra Raj menerusi talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan