AM

JPPKK Rancang Perluas Kerjasama TVET Dengan Institusi Di Rusia

15/03/2025 08:21 PM

PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sedang mengadakan perbincangan bagi memperluas potensi kerjasama dengan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Rusia.

Ketua Pengarah JPPKK Datuk Dr Mohd Zahari Ismail dalam kenyataan hari ini berkata ia meliputi kepakaran dalam bidang teknologi makanan, peranti perubatan, maritim dan penyelenggaraan pesawat.

Beliau bersama delegasi kini berada di Moscow, Rusia bagi menghadiri Persidangan IT Purple 2025 yang berlangsung hari ini.

Dalam rangka lawatannya, Mohd Zahari turut mengadakan pertemuan dengan Pengarah School of Applied Mathematics and Informatics, Raigorodskii Andrei M bagi membincangkan peluang latihan untuk tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) di institusi tersebut.

Delegasi negara disertai Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK Abdul Razak Sabtu serta Pengarah Bahagian Koordinasi TVET Dr Norhayati Ibrahim yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan