SHAH ALAM, 16 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini.
Gobind yang juga Menteri Digital memperoleh 2,785 undi, diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dengan 2,631 undi; Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (2,585 undi); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Datuk Ng Suee Lim (2,563 undi); dan Ahli Parlimen Seremban yang juga Menteri Pengangkutan Anthony Loke (2,508 undi).
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan CEC DAP Desmond Tan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini.
Berikut adalah senarai 30 ahli CEC untuk penggal 2025-2028:
1. Gobind Singh Deo (2,785)
2. Chong Chieng Jen (2,631)
3. Teo Nie Ching (2,585)
4. Ng Suee Lim (2,563)
5. Anthony Loke Siew Fook (2,508)
6. Yeo Bee Yin (2,503)
7. Ng Sze Han (2,437)
8. Khok Poay Tiong (2,390)
9. Chan Foong Hin (2,362)
10. Wong Kah Woh (2,265)
11. Steven Sim Chee Keong (2,262)
12. Vivian Wong Shir Yee (2,244)
13. Nga Kor Ming (2,215)
14. Lee Chin Chen (2,172)
15. Hannah Yeoh Tseow Suan (2,169)
16. Alice Lau Kiong Yieng (2,165)
17. Liow Cai Tung (2,139)
18. Teo Kok Seong (2,107)
19. Chow Kon Yeow (2,101)
20. Syahredzan Johan (2,065)
21. Young Syefura Othman (1,943)
22. Liew Chin Tong (1,929)
23. Ramkarpal Singh Karpal Singh (1,917)
24. Arul Kumar Jambunathan (1,747)
25. Kasthuriraani Patto (1,722)
26. Lim Guan Eng (1,719)
27. Lee Chuan How (Howard) (1,703)
28. Wong Shu Qi (1,655)
28. Tan Hong Pin (1,585)
30. Ngeh Koo Ham (1,584)
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial