KUANTAN, 20 Mac (Bernama) -- Pahang mencatatkan jumlah penginap hotel dalam kalangan pelancong tempatan tertinggi dengan 11.6 juta orang tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata lima daerah merekodkan jumlah kedatangan pelancong positif ialah Bentong, Kuantan, Cameron Highlands, Temerloh dan Rompin.
"Destinasi pelancongan seperti Genting Highlands, Cameron Highlands, bandar raya Kuantan, Cherating dan Pulau Tioman kekal relevan dan menjadi tumpuan dengan jumlah kedatangan pelancong yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan data Tourism Malaysia, Kuala Lumpur berada di kedudukan kedua dengan 9.8 juta orang diikuti Johor (7.4 juta), Selangor (6.1 juta) dan Pulau Pinang (5.2 juta).
Leong berkata Pahang turut mencatatkan Kadar Purata Tempoh Penginapan tertinggi di Malaysia dengan kadar 75.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Disember 2024.
Beliau berkata hal itu menunjukkan peningkatan yang positif iaitu sebanyak 1.5 peratus berbanding 2023 sebanyak 74.1 peratus.
“Kadar Purata Penginapan ini dinilai lebih daripada 36,000 jumlah bilik penginapan berdaftar di Pahang, hasil sumber diperoleh daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial