ANKARA, 22 Mac (Bernama-Anadolu) -- Tentera Israel membunuh 130 lagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak Oktober 2023 kepada 49,747, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), berdasarkan kenyataan kementerian ia menyatakan jumlah korban itu termasuk dua mayat yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan dalam tempoh 48 jam yang lalu.
Kementerian itu berkata 263 lagi rakyat Palestin cedera dan mereka dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan kepada 113,213 dalam serangan Israel.
"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka," menurut kementerian itu.
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,000 yang lain cedera dalam kempen udara mengejut oleh Israel di Gaza sejak Selasa, mencabuli perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berhadapan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ekoran perangnya terhadap wilayah itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial