SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) -- Seorang pengurus syarikat mengalami kerugian RM2.08 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata mangsa berusia 52 tahun itu menyertai pelaburan berkenaan pada Ogos lepas apabila dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles.
Beliau berkata sebagai modal pelaburan, mangsa telah diminta membuat sembilan transaksi pembayaran ke sembilan akaun bank berbeza berjumlah RM2.08 juta.
"Mangsa tampil membuat laporan polis selepas mula menyedari ditipu apabila diminta membuat pelbagai bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hussein berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial