AM

Mangsa Banjir Di Johor Kekal 909 Orang

26/03/2025 09:12 AM

JOHOR BAHRU, 26 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8 pagi ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa ditempatkan di 10 PPS yang beroperasi di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

“Daerah Batu Pahat mencatatkan 619 mangsa daripada 193 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 290 orang daripada 82 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata keadaan cuaca di sembilan daerah di negeri itu dijangka cerah kecuali Pontian yang kelihatan mendung pagi ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan