KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Muhibbah Engineering (M) Bhd (MEB), ITS Konsortium Sdn Bhd (ITSK) memperoleh 12.52 juta saham biasa dalam Master-Pack Group Bhd (MPGB) pada harga RM54.65 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MEB berkata saham tersebut diperoleh daripada pasaran terbuka pada 25-26 Mac 2025, pada purata harga RM4.36 sesaham MPGB.
MEB dan ITSK (kumpulan MEB) memperoleh sejumlah 4.41 juta saham MPGB untuk RM7.6 juta secara tunai pada tahun kewangan 2022.
Berikutan pengambilalihan itu, ketika ini kumpulan MEB mempunyai sejumlah 16.94 juta saham MPGB, mewakili 31 peratus kepentingan ekuiti dalam MPGB (harga purata: RM3.68 sesaham).
Sehubungan itu, MPGB menjadi syarikat bersekutu kumpulan MEB.
“Ahli lembaga pengarah percaya pengambilalihan ini akan meluaskan lagi asas perolehan kumpulan MEB dan menyediakan aliran tambahan pendapatan berulang menerusi perakauan ekuiti hasil kewangan MPSB dan pendapatan dividen daripada MPSB,” katanya.
Katanya, selepas mengambil kira semua faktor berkaitan, lembaga pengarah berpendapat pengambilalihan ini adalah demi kepentingan terbaik kumpulan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial